Selasa, 14 November 2017

Mengejar mimpi pasti perit...
Tetapi mungkin ada mentari di penghujungnya.
Tabahkan aku
Cekalkan aku
Ingatkan aku betapa utuhnya penantian itu dan disaat peluang telah dibuka, harus aku berpegang kuat untuk mendapatkannya.
Doakan aku...

Life is hard but the hardness make it real.
Dunia memang tempat untuk bersusah-payah.

P/S : Ukirkan senyuman untuk aku.Ungkapkan satu doa. Terima kasih.

Rabu, 9 September 2015

Kesal?

"Terpikir jawapan sendiri dan tergelak. Terima kasih kerana buat saya terpikir."

Jawapan di atas saya tinggalkan di post yang biasanya saya takkan layan. Kali ini memang terasa kelakar kerana jawapan sebenar saya berbunyi "Maybe for not marrying to someone?". Kesal ke saya? Jarang saya melihat apa yang saya tidak dapat dalam hidup sebab Allah telah berikan saya terlalu banyak sebab untuk bersyukur.

Terima kasih sis atas percambahan minda tersebut. Sekurang-kurangnya ia bukan jawapan tipikal yang sering mengetuk jiwa, kenapa tak selesaikan Master sebelum umur 30tahun? Cita - cita terbengkalai tetapi inilah yang jalan terbaik Allah anugerahkan. InshaAllah.

Selasa, 19 Mei 2015

Apple Cider Vinegar Untuk Cuci Rambut

Sudah 6 bulan tidak menggunakan chemical shampoo. Perjalanan untuk No-poo ini pelbagai dugaan ; rambut berminyak, kelumumur, bau, gatal kulit kepala. Sekarang Alhamdulillah semakin baik, mungkin kondisi kulit kepala semakin stabil.

Habis tak shampoo tak busuk ke?

Tak shampoo tetapi masih cuci rambut...cuci dengan air. Mainly air dan yang terbaik air tanpa klorin ataupun senang cakap air telaga. Rambut saya start rosak semenjak saya pindah ke Terengganu kerana malas jaga dan gunakan air SATU (bau klorin mashaAllah sangat kuat baunya). Tetapi selain air, kena juga guna pencuci untuk hilangkan minyak, bau dan gatal sebab saya takde sumber air bersih natural tanpa klorin.

Tidak kerap...hanya seminggu atau dua minggu sekali. Saya selalu gunakan limau nipis, limau purut, lemon ataupun soda bikarbonat. Semalam baru pertama kali gunakan Apple Cider Vinegar  (ACV). Hanya sedikit campur dengan 1 liter lebih air, bilas-bilas rambut dan biarkan seketika. Selepas itu bilas dengan air bersih. Cuma kena tahan bau masamnya. Selesai cuci bersih, rasa rambut lembut macam baru lepas guna conditioner Pantene. Hahahaha...kalau soda bikarbonat rambut akan rasa sedikit kesat pada mulanya, esoknya baru akan rasa lembut.

Sabtu, 16 Mei 2015

Bahasa ibunda saya MELAYU.

Inilah sebabnya orang pesan, jangan angkuh.
Teringat kata - kata sepupu saya beberapa tahun lepas...
"Apalah bangga sangat fluent bahasa Inggeris kalau bahasa Al-Quran sendiri habuk tak faham?!"
Krik...krik...krik...
#gigitjaritak?

Jumaat, 15 Mei 2015

Dia Hanya Minta RM1...

Petang tadi, dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu singgah sebentar di Bandar Jerteh. Selesai membayar pizza di depan Pizza Hut, datang seorang lelaki "Kak, seria kak. Nok beli air, nok make nasi" (Kak, duit seringgit. Nak beli, nak makan nasi). Saya angkat muka. Di tangan kiri ada satu bekas polisterin, di tangan kanan roti, mulutnya penuh...bercakap dengan mulut penuh. Mungkin kelaparan. Saya pandang duit di tangan, tengok not yang ada. Saya hulurkan not hijau. Dia senyum. Senyum yang lebar berseri ucapan terima kasih. Saya angguk dan mahu berlalu. Dia sapa kembali "nak nasi kak?" sambil tunjukkan bekas polisterin. "Takpolah, makelah" (Tak apa, makanlah). Saya tengok dia berjalan, menyapa abang kakak di hadapan, dia tidak minta seringgit lagi, dia pelawa nasi yang ada. Saya senyum tengok betapa cerianya dia. "Aik, tadi beria nak makan nasi, ini semua orang dia pelawa nasi dia". Alhamdulillah saya gembira melihat dia gembira. Tetapi hanya RM5 dik, mungkin hanya cukup untuk satu meal. Hanya RM5 tetapi dia gembira umpama menang loteri.
Mungkin dia lagi muda atau sebaya...dia bukan gila, cukup sifatnya cuma hidupnya tidak tentu arah. Moga Allah berikan kehidupan yang lebih baik untuk dia. Bila tengok orang sebegini, saya sentiasa berharap tiada ahli keluarga saya senasib ini.
Terima kasih Allah kerana bagi saya peluang untuk melihat senyuman begitu.