Khamis, 23 Februari 2012

Bandung - Hari 1

Finally 15 Februari tiba. Pepagi lagi terpaksa bangun untuk kejar flight dari KBR to KUL jam 8.00am.

Isk, flight ke Bandung jam 3.30 petang. Flight dari KBR ada pukul 8.00am, 11.++am, 1.++pm, 3.++, we had decided nak amik flight pukul 8am sebab selalunya flight jam 11 lebih tu delay ke pukul 1 lebih. Huhu karang tak sempat check - in before 2 jam pulak.

Pukul 9 dah sampai LCCT KL, dok melangut la jawabnya nak tunggu pukul 3.30pm. Bag pulak hanya boleh check-in pukul 11.30am...huhu memang melangut la jawabnya.

Breakfast bubur ayam mcD dan terus cuba membuang masa yang ada. For this trip, hanya berdua. Pi pun 4 hari je...dua hari dah travelling day. Tetiba my travel mate, Fizah kuarkan buku kecil dan itinerary ticket. Nak buat apa? Kira budget - oh...betul jugak. This time niat SHOPPING. Hoho nama lagi pi Bandung - Shopping Heaven sih.








Its take about 2 hours from KL to Bandung. Tapi ini flight Air Asia Indonesia. So main language adalah Bahasa Indonesia.  But of course mostly yang travel tu orang - orang Malaysia.


Pukul 5.30 pm tiba di Bandung, Bandara Husein Sasteranagara (Airport). Lama tunggu nak lepas pemeriksanaan kastam dan imigresen sebab hanya ada 2 kaunter. Huhu...lebih setengah jam nak check out.





Terus amik cab ke Hotel Patradisa. Macet! Tambang ke hotel dalam IDR 35,000. Oklah tu, reasonable price. Di airport ada money changer tapi mahal rate nya so jangan tukar duit kat situ. Ada tempat lagi murah. Ada orang jual simcard jugak...harga sampai IDR 50,000. Sangat mahal...so jangan beli. Tunggu sampai ke bandar ada yang lebih murah.

Sampai ke hotel, rehat, solat.
Malam keluar diner..jupa Naya - my facebook friend :P

Makan agak mahal...nasi goreng pun dah Rp 14,000. Teh Manis dah Rp7,000.
Tapi kenyang jugak...

Rehat rehat rehat...kumpul tenaga untuk esok.

Isnin, 20 Februari 2012

Bandung!

Its was....

The Flyer

 Fascinating journey.

Nice peoples.

Beautiful languages. 

Great Cultures.

Shopping Heaven.

Heavy traffic.

Musical Surrounded.

Hated beggar.



The Traveller



Love,

Isnin, 13 Februari 2012

Valentine's Set Meal for 2 @ Secret Recipe


Last week sempat ke sini. Perut tengah lapar...ada teman makan - makan pulak...so apa lagi :p

Ada promo for couple set.

The Appletiser - masam :(

Appetiser - Seafood Spring Roll
 Melted. Sangat sedap. Ada udang dalamnya.

Carabona with Spicy Beef Strips
 My friend cakap sedap tapi....Surely menggemukkan!

Chicken Parmigiana
 Tak menarik presentationnya kan? Nasib baik rasa boleh tahan.

Hee...

Sabtu, 11 Februari 2012

Seruan dari Rumah Allah

InsyaAllah setelah bertahun - tahun niat yang terdetik di hati mungkin akan terlaksana Mac ini.
Hati tersenyum riang.
Jujurnya ada ketakutan.
Mahu ke rumah Allah dengan penuh kekurangan...kerdilnya diri.
Hinanya aku ini, hamba-Mu.


Semuanya tiba - tiba...
Niat berdua. Tapi bertambah menjadi berempat.
InsyaAllah jemputan itu akan tersahut jua.





Khamis, 9 Februari 2012

Preparation for Bandung Trip

Okeh, this week very messy mind with coming Bandung Trip, 15th to 18th February.
Since this is a first time visit to Indonesia and I only have one travel-mate. 
And guess what? 
She's never travel aboard before. Haha! 
Oh maybe it isn't as messy as my 1st time travel aboard and alone to China in 2009.

So here the CHECK LIST :


Hope everything would be ok. 
God Love Us! (",)

Ahad, 5 Februari 2012

Maulidur Rasul 2012

~ Selamat Menyambut Maulidur Rasul ~

Maulidur Rasul atau ringkasnya ore kelate sebut sebagai Mo'lud Nabi. Maulidur Rasul adalah ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah tahun 2012 ini telah disambut pada 5 Februari (mengikut kalendar Geogory) dan pastinya 12 Rabiul Awal mengikut kalender Islam ataupun Qamari.

Banyak post / share di FB berkaitan dengan sambutan ini. Alhamdulillah di Malaysia dikira Hari Kebesaran Umat Islam maka diberikan Cuti Umum. Kebiasaannya kita boleh mendengar Selawat Ke Atas Nabi kedengaran di mana - mana terutamanya di masjid. Selain itu kebiasaanya diadakan perarakan umat Islam sebagai satu pengumpulan umat menyambut Hari Kelahiran Nabi yang sentiasa disayangi dan disanjungi.

Indahnya bergelar mukmin, boleh timbul perasaan hormat dan kasih kepada Rasul yang kita tidak pernah ke temu, terlihat atau terbayang. 
Istimewanya Rasul ini, selain dikasihi oleh sekelian umat Islam dan digelar menjadi Kekasih Allah.

Berbalik kepada post / share di FB, aku paling tertarik dengan post oleh Tuan Guru Nik Aziz ( TGNA ):


"Kerajaan nak lantik duta pastinya akan dipilih daripada orang yang rekodnya baik, ada ilmu dan sebagainya kerana orang ini akan mewakili negara di tempat lain. Demikian juga Allah SWT nak melantik ''duta'-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW, orang ini ( Rasulullah) telah diproses dengan tarbiyah selama 40 tahun agar benar - benar faham dan layak untuk menjadi 'duta'' Allah SWT iaitu Rasullah SAW."


Di rumah Tok Ma, diadakan gathering keluarga. Berkumpul, solat hajat dan selawat bersama :) Alhamdulillah (",)

Jumaat, 3 Februari 2012

AP Ayam Penyet

AP Ayam Penyet

Okeh, dah cerita pasal muzium, pasal masjid, tempat shopping inner...so now kita citer pasal makan - makan pulak. 

First time makan Nasi Ayam Penyet ni masa ke Brunei April 2011. Tau kat Malaysia pun banyak dah sekarang ni tempat jual ayam penyet tapi tak pernah merasa. Di Brunei for sure la ada jugak, Indo mali pun kan? Cuma harganya macam lagi murah dari kat Malaysia eventho currency Brunei lagi tinggi. Di sana sepinggan nasi Ayam Penyet B$2.50 ( lebih kurang RM6.25).




Ni picture set Nasi Ayam Penyet dari AP Ayam Penyet. Ada banyak cawangan kedai ni termasuklah di Kelantan sendiri :p cuma aku belum pernah merasa yang kat sini. 

Restoran AP Ayam Penyet yang pertama aku pegi kat Bangi, tu pun pasal Anis beriya - iya ajak. Satu set RM9.90 - Ayam Penyet, nasi putih dan Air Sirap. So memang lagi mahal kan? Kalau tak masuh air tu dalam RM8.90 jugak setnya.



 Kali kedua pi Januari 2012 lepas di Ole - oleh Seksyen 18, Shah Alam. Kali ini pegi berlima. Mama belanja. Hee best! Kali ini amik set family untuk 5 orang. Ada 3 set ayam penyet, 5 nasi putih, dan 2 lauk lain ( kitorg amik lele bakar dan sup). Puas jugak makan...siap meratah - ratah lauk. But still kat Brunei lagi sedap :(

Ana posing before makan Nasi Ayam Penyet di Food Court, Jerudong Park, Brunei.

Nasi Ayam Penyet di Tamu Gadong, Brunei.  Sedapnya....nak lagi...

Ini adik bongsu. Buat - buat senyum padahal perut dah berlagu kelaparan.

Butik Ayunar

Sebelum ni asyik usha dari Blog Ayunar je...so this time alang - alang dah kat Beranang jupa adik jate, ajak ke Butik Ayunar. 

Memula kami ke Nilai 3 tapi pusing - pusing tak jupa. Nasib baik ada tenet, surf balik tengok address nya. 
Hee tepuk dahi...
Nilai 1 - Berdekatan dengan Kolej Murni. Berhadapan dengan Dataran Nilai.
 Argh sampai esok pun cari tak jupa kalau macam tu...
So terus ke Nilai 1. Senyum jupa kedainya :p



Lobi siap dengan seater. Bolehlah lepak - lepak, kaum lelaki yang menemani wanita - wanita shopping.

Simple je kedainya...tapi banyak shawl / selendang / hijab yang cantik - cantik. Tarikan utama pastinya Inner Ayunar. Mix and match. Berkualiti. Various colour. Tebal. Affordable.

Hee...aku beli 4 inner, 2 tudung syria. Tu pun sayangnya banyak stock dah dibawa ke Jom Heboh di Bukit Jalil. Tapi puas hati la...next time leh order online je dari Ayun :)

Cantik tak inner saya?

Khamis, 2 Februari 2012

Masjid Jame' Asr' Hassanal Bolkiah, Brunei

22 April 2011 - Sampai dari Brunei dah lewat petang, jadi kami mengambil keputusan hanya untuk ronda - ronda. Excited semua orang dari kejauhan nampak kubah kuning keemasan.

Masjid Jame' Asr' Hassanal Bolkiah.

Masjid ini terletak dalam Daerah Muara. Mula dibuka pada 14 Julai 1994.
Binaan yang cantik.
Mewah.
Tak jumpa la masjid macam ni kat Malaysia..tempat wuduk pun fully aircond dan marmar.

Papan tanda di sekitar Brunei memang banyak menggunakan tulisan Jawi.





Main enterance. Siap ada escalator lagi. Mewahkan?

Kami sampai di Masjid dekat Waktu Isyak. Kelihatan ramai jemaah, bersusun-susun seliparnya. Berbaju melayu, bersongkok. Masih tebal keIslaman dan kemelayuannya..
Mewah budaya!




Tempat mengambil wuduk.

Kubah masjid dari dalam.

Alhamdulillah sempat dua kali solat kat masjid nie.
Sangat selesa.

Antara sumber maklumat pasal Masjid ini;
http://my-brunei-darussalam.blogspot.com/2008/02/jame-asr-hassanil-bolkiah-mosque.html

Selasa, 31 Januari 2012

Istana Seri Menanti, Kuala Pilah

Awal tahun 2011 - sempat ke Seri Menanti, Negeri Sembilan.



Antara perkara yang aku suka berkenaan dengan Negeri Sembilan ialah rekabentuk rumah kayunya. Pasti yang  tersohor 'Rumah Berbumbung Minangkabau'. Rata - rata di kampung - kampung masih terdapat rumah - rumah lama. Cantik. Laman yang bersih. Rapi. Terjaga. Penghuninya biasanya warga tua, sebab itulah agaknya ciri - ciri tradisional masih dapat dikekalkan.

Rumah lama.
Istana Seri Menanti - pernah menjadi Pusat Pemerintahan Diraja Negeri Sembilan.
Binaan kayu setinggi 4 tingkat. Memanjang.
Bilik - biliknya banyak berpintu, tingkap tinggi. Hee..memang saya suka.

Pintu Gerbang ke Bandar DiRaja Seri Menanti


Informasi Muzium Diraja Seri Menanti



Istana ini telah dijadikan Muzium. Tiada bayaran masuk dikenakan, cukup dengan hanya menulis nama di Guest Book. Kalau dah nama muzium tu, susahla nak dapat bawak masuk kamera kan? :(

Dalamnya ada bilik - bilik lengkap dengan perabot yang pernah digunakan oleh keluarga Diraja. Ada pakaian - pakaian lama. Menarik. Antik.

Tinggi tak? Gayat sikit nak naik tangganya yang sempit dan curam. Tapi dari sini dapat tengok pemandangan yang cantik.




Apa bende ni?


We're HERE!
Okeh, dah penat posing. Jom sambung tujuan sebenar datang ke Seri Menanti...kenduri kawin pak sedara kat Dewan Seri Menanti. 

~ Chow ~