~ Selamat Menyambut Maulidur Rasul ~
Maulidur Rasul atau ringkasnya ore kelate sebut sebagai Mo'lud Nabi. Maulidur Rasul adalah ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Maulidur Rasul atau ringkasnya ore kelate sebut sebagai Mo'lud Nabi. Maulidur Rasul adalah ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah tahun 2012 ini telah disambut pada 5 Februari (mengikut kalendar Geogory) dan pastinya 12 Rabiul Awal mengikut kalender Islam ataupun Qamari.
Banyak post / share di FB berkaitan dengan sambutan ini. Alhamdulillah di Malaysia dikira Hari Kebesaran Umat Islam maka diberikan Cuti Umum. Kebiasaannya kita boleh mendengar Selawat Ke Atas Nabi kedengaran di mana - mana terutamanya di masjid. Selain itu kebiasaanya diadakan perarakan umat Islam sebagai satu pengumpulan umat menyambut Hari Kelahiran Nabi yang sentiasa disayangi dan disanjungi.
Indahnya bergelar mukmin, boleh timbul perasaan hormat dan kasih kepada Rasul yang kita tidak pernah ke temu, terlihat atau terbayang.
Istimewanya Rasul ini, selain dikasihi oleh sekelian umat Islam dan digelar menjadi Kekasih Allah.
Berbalik kepada post / share di FB, aku paling tertarik dengan post oleh Tuan Guru Nik Aziz ( TGNA ):
"Kerajaan nak lantik duta pastinya akan dipilih daripada orang yang rekodnya baik, ada ilmu dan sebagainya kerana orang ini akan mewakili negara di tempat lain. Demikian juga Allah SWT nak melantik ''duta'-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW, orang ini ( Rasulullah) telah diproses dengan tarbiyah selama 40 tahun agar benar - benar faham dan layak untuk menjadi 'duta'' Allah SWT iaitu Rasullah SAW."
Di rumah Tok Ma, diadakan gathering keluarga. Berkumpul, solat hajat dan selawat bersama :) Alhamdulillah (",)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan