Isnin, 5 Ogos 2013

Hati - hati di Indonesia

Bila ke Indonesia, memang sentiasa diminta agar berhati-hati kerana orang di sana cekap menipu. Tidak kira apa agama mereka kerana yang penting mereka dapat duit. Jangan buat urusniaga dalam tergesa-gesa. Itu paling penting. Kira duit, semak barang yang kita beli. Saya taklah jelajah satu Indonesia...hanya pernah sempat ke Bandung dan Medan sahaja.

Di Samosir Island, Danau Toba contohnya, mereka menawarkan kain dengan harga IDR 300k, katanya di Kota Medan harga mencecah IDR 800k tetapi sebenarnya di Kota Medan harga hanya IDR 160k. Nasib baik tak terbeli. Apapapun di Samosir memang barangan terlalu mahal. Di Kota Medan pun barangan masih mahal, double dari harga di Bandung tapi ini bukan satu penipuan, di Bandung memang lagi dekat dengan pusat pengeluaran / perajin kain pasang dan telekung sulaman sebab itulah lagi murah. Dan yang paling tak syok, sesetengah orang di Pasar Ikan (tempat shopping paling famous di Medan) mulutnya...mak aih. Pernah sembang dengan mak cakap "mahal la kain ni, di Langkawi lagi murah". Si gadis penjual tu boleh sound kitorang cakap "kalau di Langkawi lagi murah, belilah di sana. Tak payah angkut bawa dari jauh". Amboi mulut...apa lagi, memang tak belilah. I walked away. Dan ada sekumpulan makcik dari Kelantan tengah tawar dan belek telekung solat. Dah kebetulan jupa orang satu negeri, sakanlah sembang. Si lelaki penjual ternganga sebab makcik tu hold bayar, rancak bersembang. Dia terus pusing ke belakang, mencebik dan cakap "dia boleh pi bersembang pulak!" Hangin dengan makcik tu agaknya dan saya tercengang....terus minta diri dan cuit mama ajak ke kedai lain.

Di Bandung murah. Gelap mata. Rambang mata. Pendek kata...mak aih, semua nak beli. Tapi...jangan tergesa - gesa. Makcik saya pernah bargain harga untuk t-shirt lengan panjang dan akhirnya dapat harga yang dimahukan...berlalu tanpa semak barang sebab nak cepat. Cuba teka apa yang berlaku? Bila balik tengok - tengok barang yang kita dapat tu kualiti tak sama yang dipamerkan dan tshirt tu lengan pendek. See...nampak tak permainan disitu? Itu belum kira budak - budak buat muka simpati minta kita beli barangnya...muka sedih kata belum dapat makanan pada hari ini. Seharian di Pasar Baru, 6 kali budak tu datang dan minta saya beli air darinya. Air tin yang double dari harga di Malaysia. Tapi saya tak beli sebab memang kita berjalan dengan bawak stok air mineral. Dan bila jupanya di waktu petang, dia sedang menghisap rokok. Alahai adik...

Turun dari Pasar Baru bersama Fizah Ismail tahun lepas, hujan lebat. Cari teksi tawar harga IDR 60k sedangkan kami datang berjalan kaki sahaja dari Hotel Patradisa ke Pasar Baru. Akhirnya dia bagi harga IDR 30k dengan muka mencuka dan langsung tak tolong kami angkat barang. Dalam hujan tu pun ada lah insan offer untuk payungkan kami....bunyi macam nice kan? Tapi minta upah IDR 30k. Hahaha boleh beli payung sekaki kalau di Malaysia ni.

Tapi itulah Indonesia...segalanya duit. Mungkin di kota besar seperti Jakarta berbeza. Tunggu tahun depan ambil peluang intai Jakarta (",). Kawan - kawan di Indonesia jangan kecil hati dengan entry ini, tempat pelancongan memang ramai orang macam ni...bukan di Indonesia sahaja.

https://www.facebook.com/photo.php?v=10151510724413191

Video ini kisah penipuan Money Changer di Bali. So hati - hati lah...

# pstt....di Tangkuban Parahu dapat bargain tasbih dari IDR 200k ke IDR 30k. Saya rasa sangat best!