Jumaat, 13 Februari 2015

Al-fatihah TGNA


Beliau sudah pergi...benar - benar pergi. 
Al-fatihah buat TGNA, 13 Februari 2015, 9.40pm
Tak sangka saya boleh rasa sedih begini
Teringat kenangan bertemu di atas batas sawah padi. Tok Guru Nik Aziz seorang yang baik dan sangat sederhana. Semoga dalam rahmat Ilahi.

Saya sedikit cemburu, ramai orang tangisi pemergiannya. Perginya ditemani kesemua orang yang beliau sayangi. Harapnya kita juga ada kesudahan sebaik ini. Bagaimana bila masa kita dijemput pergi nanti? 

P/s : dikebumikan, orang kelate guna istilah "SIMPAN".



Isnin, 2 Februari 2015

Rezeki Orang?



Manusia ini memang pelik.
Hobi utama adalah mempertikaikan rezeki orang tanpa menyukat sama ada usaha kita setanding atau tidak.
Contoh;
Kita minta tukar tidak diluluskan, orang minta tukar diluluskan dan kita mula bising betapa besar kabel orang tu. Kita tidak pernah tanya atas alasan apa pertukaran dia diluluskan. Dan sebenarnya orang itu ditukarkan atas sebab kesihatan. Kita nak tukar ke tempat kerja kita dengan kesihatan yang kita sedia ada ini? Sanggup ke ada air dalam otak, kalau penyakit sedemikian boleh buat kita pindah tempat kerja dekat dengan kampung kita?
Kita gaji kecil, orang gaji besar. Kita kerja 8.00 - 5.00pm plus main games, main FB, mengumpat masa kerja, tengok Youtube. Orang kerja dari subuh sampai tengah malam dan begitu menjaga amanah kerja yang diberikan. Tang tu kita taknak pertikai pulak kan?
Tiap sesuatu yang kita peroleh itu setanding dengan apa yang kita usahakan.
Tiap sesuatu yang Allah berikan itu sesuai dengan keperluan kita.
Dari kita meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri, baik kita pandang ke bawah, lihat sekeliling, lihat diri kita dan usaha upgrade diri sendiri.

-wanitatanpalipstik-