I am counting days to fly!
Alhamdulillah semalam baru selesai Visa.
Sebelum ini tahu boleh buat online dengan pihak imigresen Australia dengan bayaran AUD20. Tetapi ada terbaca dalam Female Backpackers Community yang boleh buat dengan bayaran RM20 sahaja. Jimat 1/3 dari kos tu. So saya mula browse dan reading nak tahu adakah boleh dipercayai menggunakan perkhidmatan sebegitu. Dan ada juga terjumpa beberapa tour agency buat perkhidmatan Visa ini dengan bayaran RM30.
Akhirnya saya cuba untuk menghantar email kepada Cik Intan eta.australia@yahoo.com. Alhamdulillah cepat response diterima. Beliau memerlukan dokumen berikut ;
- Salinan passport - snap gambar sahaja memadai
- Flight details
- Contact number
- Email address
Beberapa jam selepas itu dah dapat email dari beliau, VISA is ready dengan status OK TO BOARD.
Print dan selit dalam passport.
Print dan selit dalam passport.
I am smiling and praying!
Hey sunshine...please be nice!
#MelbourneTrip2015
Update : Alhamdulillah selesai semuanya. Selamat pergi dan selamat pulang. So to anyone yang tanya safe and save ke tidak guna servis Cik Intan ni, saya bagi 5 bintang!