Rabu, 9 September 2015

Kesal?

"Terpikir jawapan sendiri dan tergelak. Terima kasih kerana buat saya terpikir."

Jawapan di atas saya tinggalkan di post yang biasanya saya takkan layan. Kali ini memang terasa kelakar kerana jawapan sebenar saya berbunyi "Maybe for not marrying to someone?". Kesal ke saya? Jarang saya melihat apa yang saya tidak dapat dalam hidup sebab Allah telah berikan saya terlalu banyak sebab untuk bersyukur.

Terima kasih sis atas percambahan minda tersebut. Sekurang-kurangnya ia bukan jawapan tipikal yang sering mengetuk jiwa, kenapa tak selesaikan Master sebelum umur 30tahun? Cita - cita terbengkalai tetapi inilah yang jalan terbaik Allah anugerahkan. InshaAllah.

Selasa, 19 Mei 2015

Apple Cider Vinegar Untuk Cuci Rambut

Sudah 6 bulan tidak menggunakan chemical shampoo. Perjalanan untuk No-poo ini pelbagai dugaan ; rambut berminyak, kelumumur, bau, gatal kulit kepala. Sekarang Alhamdulillah semakin baik, mungkin kondisi kulit kepala semakin stabil.

Habis tak shampoo tak busuk ke?

Tak shampoo tetapi masih cuci rambut...cuci dengan air. Mainly air dan yang terbaik air tanpa klorin ataupun senang cakap air telaga. Rambut saya start rosak semenjak saya pindah ke Terengganu kerana malas jaga dan gunakan air SATU (bau klorin mashaAllah sangat kuat baunya). Tetapi selain air, kena juga guna pencuci untuk hilangkan minyak, bau dan gatal sebab saya takde sumber air bersih natural tanpa klorin.

Tidak kerap...hanya seminggu atau dua minggu sekali. Saya selalu gunakan limau nipis, limau purut, lemon ataupun soda bikarbonat. Semalam baru pertama kali gunakan Apple Cider Vinegar  (ACV). Hanya sedikit campur dengan 1 liter lebih air, bilas-bilas rambut dan biarkan seketika. Selepas itu bilas dengan air bersih. Cuma kena tahan bau masamnya. Selesai cuci bersih, rasa rambut lembut macam baru lepas guna conditioner Pantene. Hahahaha...kalau soda bikarbonat rambut akan rasa sedikit kesat pada mulanya, esoknya baru akan rasa lembut.

Sabtu, 16 Mei 2015

Bahasa ibunda saya MELAYU.

Inilah sebabnya orang pesan, jangan angkuh.
Teringat kata - kata sepupu saya beberapa tahun lepas...
"Apalah bangga sangat fluent bahasa Inggeris kalau bahasa Al-Quran sendiri habuk tak faham?!"
Krik...krik...krik...
#gigitjaritak?

Jumaat, 15 Mei 2015

Dia Hanya Minta RM1...

Petang tadi, dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu singgah sebentar di Bandar Jerteh. Selesai membayar pizza di depan Pizza Hut, datang seorang lelaki "Kak, seria kak. Nok beli air, nok make nasi" (Kak, duit seringgit. Nak beli, nak makan nasi). Saya angkat muka. Di tangan kiri ada satu bekas polisterin, di tangan kanan roti, mulutnya penuh...bercakap dengan mulut penuh. Mungkin kelaparan. Saya pandang duit di tangan, tengok not yang ada. Saya hulurkan not hijau. Dia senyum. Senyum yang lebar berseri ucapan terima kasih. Saya angguk dan mahu berlalu. Dia sapa kembali "nak nasi kak?" sambil tunjukkan bekas polisterin. "Takpolah, makelah" (Tak apa, makanlah). Saya tengok dia berjalan, menyapa abang kakak di hadapan, dia tidak minta seringgit lagi, dia pelawa nasi yang ada. Saya senyum tengok betapa cerianya dia. "Aik, tadi beria nak makan nasi, ini semua orang dia pelawa nasi dia". Alhamdulillah saya gembira melihat dia gembira. Tetapi hanya RM5 dik, mungkin hanya cukup untuk satu meal. Hanya RM5 tetapi dia gembira umpama menang loteri.
Mungkin dia lagi muda atau sebaya...dia bukan gila, cukup sifatnya cuma hidupnya tidak tentu arah. Moga Allah berikan kehidupan yang lebih baik untuk dia. Bila tengok orang sebegini, saya sentiasa berharap tiada ahli keluarga saya senasib ini.
Terima kasih Allah kerana bagi saya peluang untuk melihat senyuman begitu.

Rabu, 13 Mei 2015

Angan dan realiti!

Saya suka berangan...dari kecik sampailah ke tua sampaikan angan-angan terbawa-bawa dalam mimpi. Sebahagiannya adalah impian yang tidak menjadi nyata...tetapi bagaimana nak pasang impian kalau tidak bermula dengan angan-angan.

Angan - angan berubah, develop selari dengan usia, kematangan dan pengalaman.

Masa kecik...semuanya mahu yang nampak mewah;
Kereta besar.
Rumah besar.
Baju banyak.
Duit banyak.
Kawin dengan putera raja.
Bla bla bla bla...semuanya telah dilupakan, bukan jadi angan - angan lagi.

Semakin dewasa, semakin banyak melangkah, semakin berfikir, semakin 'nampak' erti hidup. Jadi, semuanya berubah :
Kereta yang cukup.
Rumah yang selesa.
Baju seadanya.
Duit takat yang ada.
Cari suami biar boleh tumpang ke syurga.
Ilmu ada di mana-mana walaupun dengan pengemis. Utamakan apa yang utama. Fikir dengan kewarasan bukan dengan emosi. Fikir untuk hari lusa dan seterusnya, bukan esok semata. Ada duit belanjakan, simpan seadanya...tidak perlu kedekut, tidak perlu gigih kumpul harta, semua itu akan ditinggalkan. Kumpul amal, kejar pahala. Jaga apa yang mampu jaga contoh aurat, pertuturan, maruah, santun dan sebagainya.

Pengalaman memang mahal harganya. Ditipu adalah biasa, tetapi pengalaman itu buat kita lebih cerdik. Lelaki dalam gambar ini sedang membeli kepercayaan, dan saya membeli pengalaman ditipu di Jakarta sebanyak Rp 750,000 ataupun USD25 di Muine. Hahahaha...hidup ini indah. Alhamdulillah, syukur atas semua nikmat-Nya.

Selasa, 14 April 2015

Visa Ke Australia AUD20 @ RM20?

I am counting days to fly!

Alhamdulillah semalam baru selesai Visa.
Sebelum ini tahu boleh buat online dengan pihak imigresen Australia dengan bayaran AUD20. Tetapi ada terbaca dalam Female Backpackers Community yang boleh buat dengan bayaran RM20 sahaja. Jimat 1/3 dari kos tu. So saya mula browse dan reading nak tahu adakah boleh dipercayai menggunakan perkhidmatan sebegitu. Dan ada juga terjumpa beberapa tour agency buat perkhidmatan Visa ini dengan bayaran RM30.

Akhirnya saya cuba untuk menghantar email kepada Cik Intan eta.australia@yahoo.com. Alhamdulillah cepat response diterima. Beliau memerlukan dokumen berikut ;

  1. Salinan passport - snap gambar sahaja memadai
  2. Flight details
  3. Contact number
  4. Email address
Beberapa jam selepas itu dah dapat email dari beliau, VISA is ready dengan status OK TO BOARD.
Print dan selit dalam passport. 



I am smiling and praying!
Hey sunshine...please be nice!


#MelbourneTrip2015

Update : Alhamdulillah selesai semuanya. Selamat pergi dan selamat pulang. So to anyone yang tanya safe and save ke tidak guna servis Cik Intan ni, saya bagi 5 bintang!




Ahad, 12 April 2015

Jaga Aib, Jaga Akal

Syhhh bukan aib sahaja perlu dijaga, kebijaksanaan juga. Salah seorang bos saya selalu berpesan "biar kita nampak cerdiklah, kita pegawai. Cakap biar ada asas, biar jelas barulah boleh - pakai."

Cakap siang pandang - pandang, 

Cakap malam dengar - dengar,
Sekarang lagi...zaman record atau print screen dan share.



Manusia tak rekod pun, malaikat kiri kanan tu tetap setia merekod. 

Xuan Huong Lake
Dalat, Vietnam
20 Mac 2015

Jumaat, 10 April 2015

Tetap di Bumi

Jangan angkuh sangat berhidung tinggi mendongak ke langit, ada matahari di atas yang akan membuatkan kamu tertunduk ke bumi.

Bezakan antara hormat, simpati, takut dan menyampah. Ini tanda penerimaan orang atas kelakuan kita tetapi selalunya manusia angkuh sentiasa merasakan dirinya dihormati sedangkan...


Anis di White Sand Dunes, Mui Ne, Vietnam. 
21 Mac 2015.

Selasa, 7 April 2015

Dewan Undangan Negeri dari Waterfront Kuching

Memang jakun Aimi ni.
Ikut kawan - kawan jalan - jalan tabur duit, orang lain sibuk belek barang, aku macam terlompat - lompat (lompat dalam hati je, in real maintain buat-buat sopan) nampak bangunan ini. Aih lagi cantik dari gambar di Internet. Orang nak berjalan, kita mulalah "akak jalan dulu, saya ambil gambar sat. Nanti saya kejar". 



Jumaat, 13 Februari 2015

Al-fatihah TGNA


Beliau sudah pergi...benar - benar pergi. 
Al-fatihah buat TGNA, 13 Februari 2015, 9.40pm
Tak sangka saya boleh rasa sedih begini
Teringat kenangan bertemu di atas batas sawah padi. Tok Guru Nik Aziz seorang yang baik dan sangat sederhana. Semoga dalam rahmat Ilahi.

Saya sedikit cemburu, ramai orang tangisi pemergiannya. Perginya ditemani kesemua orang yang beliau sayangi. Harapnya kita juga ada kesudahan sebaik ini. Bagaimana bila masa kita dijemput pergi nanti? 

P/s : dikebumikan, orang kelate guna istilah "SIMPAN".



Isnin, 2 Februari 2015

Rezeki Orang?



Manusia ini memang pelik.
Hobi utama adalah mempertikaikan rezeki orang tanpa menyukat sama ada usaha kita setanding atau tidak.
Contoh;
Kita minta tukar tidak diluluskan, orang minta tukar diluluskan dan kita mula bising betapa besar kabel orang tu. Kita tidak pernah tanya atas alasan apa pertukaran dia diluluskan. Dan sebenarnya orang itu ditukarkan atas sebab kesihatan. Kita nak tukar ke tempat kerja kita dengan kesihatan yang kita sedia ada ini? Sanggup ke ada air dalam otak, kalau penyakit sedemikian boleh buat kita pindah tempat kerja dekat dengan kampung kita?
Kita gaji kecil, orang gaji besar. Kita kerja 8.00 - 5.00pm plus main games, main FB, mengumpat masa kerja, tengok Youtube. Orang kerja dari subuh sampai tengah malam dan begitu menjaga amanah kerja yang diberikan. Tang tu kita taknak pertikai pulak kan?
Tiap sesuatu yang kita peroleh itu setanding dengan apa yang kita usahakan.
Tiap sesuatu yang Allah berikan itu sesuai dengan keperluan kita.
Dari kita meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri, baik kita pandang ke bawah, lihat sekeliling, lihat diri kita dan usaha upgrade diri sendiri.

-wanitatanpalipstik-